Drugstore Sale!

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.

Perempuan dikatakan ada hanya 1 akal dan 9 nafsu. Agaknya bila nafsu tu digunakan semaksima mungkin? Here's the answer - nafsu digunakan bilamana seorang perempuan mendengar/melihat sesuatu perkara yang memberi 100% manfaat kepada dirinya. Contoh dalam situasi sekarang adalah bilamana ada perkataan 'SALE!' terpapar di mana-mana kedai baju, makeup, kasut, makan dan lain-lain lagi. Lalu seorang perempuan itu pun menggelupur, melompat, meraung serta paling penting menjemah dengan kawan-kawan tentang perkara itu. Hebat bukan? Hahaha.

So, last two weeks Guardian buat promotion besar-besaran. Oh Watsons pun ado (insecure lettuw). At first tu for skincare, lepas tu cosmetics pulak. Baguslah ada sale kan. Aku pun tengah nak me-restock my skincare and make-up stuffs. Yang tak bagusnya apa? Sale tengah bulan! -.-

So the sale was up to 50% discount! Siapa tak gila oi dah kalau sale gitu. Yelah yang selalu beli RM50.00, dapat RM25.00 je. Jimat teroks! Aku join sekaki la apa lagi. Eh dua kaki lah sebab 2 kali pergi Guardian. Hahaha.

I want to share the stuffs that I managed to grab masa sale tu. So, here they are:


Guardian

Above from left:
1. Guardian Aloe Vera Gel 250ml - RM6.00 (NP: RM10.00)
2. St. Ives Oatmeal Scrub + Mask 170g- RM17.50 (NP: RM19.90)
3. Garnier Matcha Detox Pollution & Oil Deep Clean Facial Foam 50ml - RM4.08 (NP: RM6.80)

Below from left:
1. Olay Moisturising Lotion 150ml - RM25.74 (NP: RM42.90)
2. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation 30ml - RM24.95 (NP: RM49.90)
3. Maybelline Clear Smooth All-In-One Powder (Refill) - RM10.71 (NP: RM11.90)

Watsons:

1. Purederm Charcoal Remover 30s - RM11.12 (NP: RM13.90)
2. Purederm Argan Oil Remover 30s - RM7.92 (NP: RM9.90)

Basically,  I only bought things for my everyday use. Yes. All these things I always keep in stock except for the scrub, matcha detox facial foam and charcoal remover. Those three I baru nak try. Aloe vera gel tu beli sebab aku sunburn teroks balik daripada Sabah hari tu. -.-

FitMe foundation tu dah nak habis sebotol. Boleh tahan sampai 4 - 5 months or even 6 months. Itu pun sebab aku pakai when keluar lama je. Tak pakai pergi office (sebab terperuk dalam office so membazir). Olay moisturing lotion pun dah nak habis sebotol. Tahan 4-5 months and I use 2 (or more) times daily; pagi dan malam. For wipes I guna yang Argan Oil selalunya. Dah lama. Almost 1 year. Charcoal tu saja je nak try. Later aku buat review (if I rajin) pasal these products.

Okay that's it! Sekian tentang sale. Aku la tu yang tergolong dalam perempuan yang meroyan bila tengok ada sale. Lepas tu sebarkan kat kawan and pengaruh suruh beli jugak. Ceton sungguh perangai. Hahaha.

Footnote: Post ni maybe dah terlambat sebenarnya. Sale pun dah lama hilang ditiup angin bayu laut timur barat. Sibuk sikit seminggu dua ni. Tak sempat nak mengarang post baru.

Comments