Road Trip x Melaka : 2016

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.

Post ni ada dalam draft lama dah. Selalu lupa nak update pasal road trip ke Melaka tahun lepas.

So, trip to Melaka was on mid semester break of part 4 rasanya. Ke part 5 eh? (Alamak lupa pulak) I went there with Chiko, Adda and Mus (driver haha). Intan as tuan rumah merangkap our tour guide because dia orang Melaka and we stayed at her house. We stayed for 3 days and 2 nights. (Tips: Pergi tempat/kampung kawan sebab boleh tumpang rumah dia so jimat kos. Kalau ramai sangat cari hotel lah.)

First day tak ke mana pun sebab gerak dari KL dah lambat. After solat jumaat rasanya lah. (Lupa jugak) Kami sampai rumah Intan around Isyak. Oh kami ada pergi ke Kolam Air Panas Gadek. We had our dinner first. Around 10 baru pergi sana. It was nice. Tapi ramai orang sebab esoknya Sabtu.

Second day, we had our breakfast at Intan's. Bangun je dah ada makanan. (hehe) Then, we went to Bandar Hilir. We decided to going up the Sky Tower yang 43 tingkat tu. Fee RM25 per person for adult. Kecik je roof top tu. Lapang and actually takde apa pun. Bahagian glass floor tu pun kecik. Muat 5 persons je. (Ada dalam video below) Kami tak pijak kat glass floor tu sebab ada orang jaga and tak boleh bergambar dengan phone sendiri. Kena guna camera diorang. So not worth it as gambar tu kena beli after you go down.

Next, cari lunch. Nak makan asam pedas yang Kunies bawak me on my previous visit dulu tapi siang dia tutup. So, we decided to lepak at Coconut Shake Klebang Original as tempat asam pedas tu dekat-dekat situ je. Sekali lunch nasi lemak je. (Nasib la sebab dah lapar sangat.) Then, kami lepak kat pantai klebang (eh yeke?) pastu patah balik ke Bandar Hilir, nak naik basikal katanya pusing situ. Dah penat pusing berapa kali entah dekat nak maghrib tu we stopped. Cari tempat nak solat and rehat kejap. 

Malamnya, kami jalan-jalan kat Jonker Road Walk. Kami jalan je daripada awal sampai hujung sekali. Boleh tahan jugak la penat dia. Aku taktau malam tu kami dinner apa or dinner ke tak. Penat sangat. Balik tu terus tido.

Third day, kitorang ke Port Dickson. Saje singgah sebab satu laluan dengan jalan balik. Main-main pantai kejap pusing-pusing situ and tengah hari tu kitorang balik KL. Rush sikit sebab pukul 3 petang tu Mus naik bas balik kampung.

So, itu je lah aktiviti sepanjang road trip haritu. Saje jalan-jalan playing tourist kat negara sendiri. Release tension and cuci mata orang cakap. Ni hanya vacation bajet je. Tak pakai duit banyak. Beli barang pun tak. Cuci mata semata.


Footnote: Sebenarnya kalau ikut plan, kami ke Penang next mid semeseter break selepas Melaka ni tapi hanya daun berguguran. Adomak. (Tu yang aku pergi Penang dengan orang lain tu. Ops.)

Comments

Post a Comment