Thursday, February 23, 2017

Twice

ASSALAMUALAIKUM. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Never take anything for granted. Kenapa? Masalahnya berpunca daripada diri sendiri. Selalu over confident that I've got everything I need whenever I'm going back to hometown. Akhirnya I'm repeating the same mistakes twice. *padan muka*

Alkisahnya, hari Selasa lepas aku nak pergi buat account closure untuk Yes 4G. Dah siap google ni baca semua kat website apa document yang diperlukan untuk buat termination. Jadi berbekalkan confident yang membuak-buak (exaggerate je) aku memang yakin 200% yang dalam purse ada IC yang sekeping tu. Tak check dah. Sebab selalu bukak tutup purse nampak ada kad matrik. Lepas last paper haritu memang yakin ni dah letak balik dalam purse sekali kad matrik. Plus, tempat letak IC tu terlindung sikit IC nya.

So, bila sampai kat centre aku cakap nak buat termination bla bla bla pung pang pung pang. Then, orang tu mintak IC. Ok confident ni bukak purse nak ambik IC. Pastu belek punya belek, TAK ADA oit. Belek lagi. Muka dah gelabah gila bercampur segan. Yang jumpa kad ptptn adolah. Kaler lebih kurang en (jangan gelak lah!). Nasib baik tak bagi kad ptptn. Kalau tak, tak tahu la nak sorok muka celah mana. Takpe la orang tu cakap datang esok lusa. Balik cari IC dulu. (setengah jam kot daripada rumah nak ke centre T_T) Kene buat termination sebelum Jumaat masalahnya. Proses ambik masa 24 hours. Cycle baru 25 Feb ni, nanti kena bayar. Tanok (wuwuwu). Jumaat nak balik dah mana sempat. Ni la masalahnya bila tarikh tamat contract gap hanya few days dengan tarikh new billing (nangis tepi katil T_T).

Seriously I don't remember where I put my IC. Not at all. Puas cari, fikir. Last sekali tengok masa final paper tu. And that was one month ago. *sigh* 2 hari nak balik Selangor jugak baru perasan.

Stress fikir. Yang lagi stress bila fikir hari Jumaat nak naik flight. Jumaat esok! Dalam masa 2 hari mana nak cari. Nak buat IC baru sebab tercicir mahal ya ampun. 110MYR! Sedih sangat (sobs).

Jeng jeng jeng! Akhirnya jumpa. Tercicir kat rumah akak kat Selangor (masalah bila ada 2 rumah). Okay. This is wrong. This is my own mistake. Bukan salah rumah tu. So, akak pos hari rabu, kelmarin. Harini sampai dah. Guna Skynet. Tapi cuak jugak setiap 10 minit track parcel. Alhamdulillah tengah hari tadi pihak Skynet call tanya rumah tapi I said to do self pick up (cepat sikit). Boleh la aku naik flight esok. Tak de la burn tiket macam tu je (terharu T_T).

Sama macam 3 bulan lepas. Bukan tercicir tapi tertinggal dengan kawan. Mintak tolong dia pegangkan kejap. Sampai balik Kelantan lupa. Sama. 2 hari nak naik flight baru perasan. Careless sangat saya ni T_T

Well I've learn my lessons. Don't be too lazy to check your important documents such as ID, driving license etc. Always check them in case you need them for emergency.

Footnote: Saya janji tak buat dah lepas ni. Insof dah ni T_T

1 comment:

  1. penting IC ni... bahaya kalau tercicir. nasib dapat jumpa. lega...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete