Chicken Wrap

ASSALAMUALAIKUM.

After having break from blogging for 5 hectic months, I'm back with a delicious entry. Yay!

Rasa awkward nak type this entry sebab lama tinggal blog. Rindu memang rindu. Tapi biasalah bila start kelas memang aku jarang bukak blog. Nak cakap busy sangat tu takde lah. Hmm tapi busy la jugak (cakap berbelit hahah). Plus lagi susah bila dapat bilik paling hujung yang wifi nya dapat tak dapat je.

Kali ni aku nak share 1 resepi best yang simple and absolutely delicious. Ni resepi Along. First time aku makan masa bulan puasa haritu. Along hantar makanan berbuka ke kolej pastu ada additional side dish which is this Chicken Wrap. Sangat nice untuk dinner or breakfast yang simple tapi mengenyangkan.

Ingredients (8 servings) :
  • Paratha Wraps (8 pieces)
  • Ayam kisar
  • 1/2 labu bawang holland (onion) (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 tomato (potong dadu)
  • Salad secukupnya
  • 1/2 batang carrot (dihiris halus)
  • Black pepper kisar
  • Mayonis
  • Sos Cili
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya

Directions:
  1. Tumis bawang putih dan bawang holland sampai naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan ayam kisar hingga masak. Masukkan black pepper. *pastikan ketulan ayam menjadi kecil-kecil
  3. Masukkan carrot dan goreng hingga garing.
  4. Masukkan tomato dan keringkan air yang berlebihan.
  5. Salai wraps dalam kuali ceper selama 30-60 saat. *jangan sampai gelembung besar
  6. Potong wraps kepada 2. Sapukan 1/2 sudu besar mayonis pada wrap.
  7. Susun salad (mengikut citarasa masing-masing). Letak inti ayam tadi dan letakkan sedikit sos cili.
  8. Gulung menjadi kon. Hidangkan.


Wraps that I used.
Brand: Mission Wraps.
Type: Potato.

The steps. Roughly punya steps je sempat snap.

Ta-daaa! This is how it looks like. Yang ni version overloaded salad.

Footnote: Salah satu menu yang sesuai for picnic. The ingredients for inti tu kalo malas boleh tukar kepada mix veggies. Happy trying! ;-P

Comments