Monday, August 31, 2015

58 Years

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah. Hari ini genap 58 tahun Malaysia merdeka: 310857~310815.

Ya. Banyak konflik melanda negara sekarang ni tapi tolak tepi sekejap semua tu. Hayatilah nilai kemerdekaan sebenar. Hargailah perjuangan dan kepayahan orang-orang terdahulu, nenek moyang kita demi untuk kesenangan yang kita kecapi sekarang. Renungkan betapa susahnya setiap apa yang mereka lalui dan korbankan demi Tanah Melayu.

Setelah 58 tahun merdeka, tengoklah dah sejauh mana negara kita membangun. Tengok betapa kita berjaya bersatu selama ini despite of our races; Malay, Chinese and Indian. Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan keamanan yang diraih sekarang.

Whatever it is, berdoalah semoga Allah mengekalkan keamanan Malaysia selamanya. Malaysia tanah air kita. Jagalah dan pertahankanlah negara kita. Malaysia tanah tumpahnya darahku.

"HAPPY 58TH BIRTHDAY, MALAYSIA!"


No comments:

Post a Comment