Tuesday, July 28, 2015

#syawalbaby

ASSALAMUALAIKUM.

Lama sangat rasanya tak update blog dengan post baru. Busy katanya. Konon. Well sementara kerja aku sekarang ni adalah mereput (repeating tido dan makan) kat rumah, tak salah kalau rajinkan diri update blog ni. Yelah daripada mereput sambil menternak lemak yang tak berapa nak cukup ni, bolehlah exercise sikit jari-jemarimu itu. Al-maklumlah bila semester break ni memang la nak duduk goyang kaki je. Kalau boleh tanak buat pape langsung. Hmmm idok ler gitu. Tak productive langsung cuti. Dah pergi dah usha-usha kerja kosong tapi tu la kan. Susah. Sebab sebulan je. Sape je nak bagi kau kerja kalau sebulan. Haih. Ingatkan boleh la isi tabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit macam peribahasa tu kan. Hmmm. Nasib la belalang. Takde rezeki nak buat macam mana. Kau lepak maut ajelah Ayeng sampai naik sem.*sigh*

Btw, aku baru tahu
yang ghupenya teman ni anak syawal a.k.a #syawalbaby (acah hipster konon berhashtag bagai). Aku baru tahu tahun lepas. Sepanjang 20 tahun hidup. Mama tak penah cakap pun. Sobs. Eh dah twenty-one. (kiraan tahun Hijrah akan jadi tua setahun daripada Masihi). Alahai terasa diri ini makin tak lama dah. *macam nak mati esok je* Hey hidup ni kenalah selalu ingat mati. Mane la tau kot ajal kau esok ke, lusa ke, tulat ke. Entah-entah lepas publish entry ni. Hah. Okay. I know la kata-kata tu doa kan. But who knows. Only Him, sang Pencipta that knows everything. Ajal ni takkan lambat walau sedetik gaiss. So, cerita dia sekarang dah ready ke nak hadap Pencipta? Hmm tepuk dada, tanyalah iman masing-masing ye. Jangan asyik sibuk teropong jodoh je. Kang ajal sampai dulu sebelum jodoh, naya weh. Jodoh hangpa tak pi mana pun tu. Sampai masa dia keluar ler. Dok diam-diam sudah.

Aku rasa cun lagi ni kalau aku nak buat ucapan selamat hari raya. Raya kan sebulan. So, bersempena dengan 12 Syawal (hari aku mengenal dunia cewah gitchu), aku nak minta maaf la yer dari hujung benang tudung hingga hujung benang stoking. Maaf semuanya yer. 

SHRMZB
hipster lagi kateko

Mat Ri Yer
rempitz ver pun hado

No comments:

Post a Comment