Tuesday, February 10, 2015

Nikah Gantung adalah 'Couple yang Halal'

ASSALAMUALAIKUM.

Post kali ni nak share pasal nikah gantung. Kenapa tiba-tiba? Sebabnya ada terbaca kat moment wechat kawan pasal topik ni. So, tergerak hati nak buat entry pasal ni as additional info for us.

Maksud
Dalam Bahasa Arab dipanggil Nikah Khitbah. Hukumnya adalah harus. Ia adalah pernikahan yang sama seperti yang biasa tetapi selepas akad nikah, pasangan pengantin tersebut tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan. Suami tidak wajib bagi nafkah zahir dan batin. Isterinya itu masih lagi dibawah tanggungan ibu bapa sehingga pasangan ini merasakan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Nikah Gantung juga mengadakan "Majlis Akad Nikah" yang harus mereka ikuti sebagaimana perkahwinan biasa dilakukan. Rukun-rukun perkahwinan
seperti suami, isteri, wali, saksi, dan akad (ijab dan kabul) dan juga mas kahwin perlu ada untuk syarat sah nikah. Nikah Gantung menangguhkan "Majlis Kenduri Kahwin (Walimatul Urus)" dan penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut kadang-kadang menjangkau bertahun lamanya.

Sebab-sebab
  • Suami masih belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri seperti tempat tinggal, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan yang masih lagi belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya didalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga

Tujuan dan Kelebihan
Tujuan nikah gantung ialah bagi mengelakkan berlakunya perzinaan dan lahirnya anak luar nikahKelebihan nikah gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram. Bak kata budak-budak sekarang, couple yang halal. Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.


As a conclusion, daripada asyik keluar dating, on the phone siang malam, message, whatsapp, wechat semua tu better nikah gantung dulu. Everything akan bertukar halal dan mendapat pahala. See? Seronok kan nikah gantung ni? Hahaha. Ni hanyalah sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri Ain sendiri dan kita semua. Wassalam.

Foot note: Thanks kawan for the info. Terbaca masa scroll moment wechat kau. Hahaha.

2 comments: