Monday, February 16, 2015

Foundation Studies in UiTM Puncak Alam

ASSALAMUALAIKUM.

Lately, rasa rindu sangat dengan life waktu asasi kat Palam dulu. Memang tak pernah tak rindu. Setiap masa rindu. Tak tau la kenapa. Still cannot move on kot. Haha. I admit that studied foundation at Palam was one of the best moments in my life. Okay. Memandangkan result SPM 2014 pun dah tak lama dah. So, nak 'buang belakang' sikit pengalaman belajar asasi kat Palam dulu. So, post ni boleh la jadi guide untuk adik² lepasan SPM 2014 buat pilihan nanti.

02062013
Kak Ain (ceh akak gitu) ingat lagi tarikh hari pendaftaran kolej pelajar² baru asasi sains dan kejuruteraan. Hari ni pendaftaran untuk pelajar perempuan sahaja. And pada hari ini jugak la akak tak sihat. Akak kena diarrhea. Ya Allah memang teruk sangat². Sampai nak jalan pun tak larat. Pergi klinik dapat la injection dengan doc. Lepas daftar je terus naik ke rumah. Okay kat sini kitorang semua panggil rumah. Sebab hostel dia macam apartment gitu tapi kecik je la. Macam mini. Setiap rumah ada 4 atau 5 bilik. Satu bilik untuk 2 orang. So, dalam satu rumah tu akan ada 8/10 orang. Tak semua akan serumah or sebilik dengan pelajar asasi tau. Ada yang akan sebilik dengan akak² senior. Rumah and bilik dia sangat la best. Selesa sangat². So, untuk hostel memang tak payah risau. Terbaik. Tip top. Ada 3 kolej kesemuanya; Rafflesia; Angsana; Casuarina. Casuarina ni kolej baru. Baru je bukak tahun lepas. Kolej Rafflesia untuk perempuan. Kolej Angsana untuk lelaki tapi Angsana 2 dan 5, students perempuan yang duduk kat situ. Biasa la perempuan lagi ramai daripada lelaki. Kolej Casuarina pulak akak tak tau. Haha. Sebab masa habis asasi tahun lepas, Casuarina tak bukak lagi.

02062013-07062013
Haa ni hari orientasi pelajar baru, selama seminggu. Minggu Destini Siswa (MDS). Sepanjang seminggu ni memang penat teramat sangat. Terlalu banyak aktiviti. Tidur pun kejap je. MDS ni akan ada akak² dan abang² PM yang jaga korang. Jangan risau diorang baik² je. HAHAHA. So, memang kena tahan la ye kepenatan tu. Memang confirm la ramai yang akan homesick. Rindu nak balik. Akak tak sempat nak homesick pun sebab sepanjang seminggu ni akak punya sakit memang tak hilang. Akak tak join sangat aktiviti MDS ni. Akak PM suruh rehat kat surau. Memang tak larat sangat. Sampai 2 botol kena masuk air kat unit kesihatan. Dehydrated. Tapi malam last tu akak join. Tu pun dah nak habis dah event. Malam last MDS memang best. Macam² persembahan dari students and PM.

10062013

Hari ni first day kelas. Kelas first akak adalah ELC. Kelas english. Lecturer akak nama Madam Rosza. Lupa pulak nama penuh dia. Haha. Dalam kelas ni la akak jumpa dengan groupmates akak semua. A5. PI080 A5. Kitorang semua 31 orang. Akak pergi kelas dengan housemate, nama dia Nurul Hatimah. Lega sebab dapat housemate satu group. Normal la kan bila first day pastu kelas yang first pulak tu mesti la sesi suai kenal. Sebelum lecturer datang semua macam krik krik krik. Sebab tak kenal lagi. Group akak hanya ada 9 orang je lelaki. Selebihnya girls. Group budak sains memang macam tu. Kalau engine, vice versa. Total students asasi batch akak, 2013/2014, adalah almost 3000. Not sure jumlah sebenar. Memang ramai sangat². Previous batch tak seramai tu. Dua pertiga daripada jumlah tu adalah students asasi sains. Satu dewan kuliah biasa 5 group. Kalo macam akak, satu hall dengan group A1, A2, A3, A4. So, A1-A5 la. Ada jugak yang 3 group je.

A5

Tadi dah bagitau sikit² pasal A5. Ni nak cerita lagi. Biar korang penat baca. Haha. Kata terobek kan. Haa. HAHA. Kitorang letak nickname untuk group kitorang ni dengan nama A5 Family. Setiap group ada mentor masing² atau penasihat akademik. Mentor kami, Prof Madya Haji Ahmad bin Abdul Hamid. Kami panggil Che Mat atau Abah. First time jumpa Che Mat masa kuliah physics yang first. Dia masuk hall je terus tanya maksud ayat dalam surah Al-Fatihah.  Tu belum duduk lagi tu. Boys la yang kena pun. Sama la waktu tutorial. Sebab kitorang ni bawah dia so, tutorial kami pun dia pegang la. First physics tutorial, masuk² je dia pointed kat beberapa orang suruh bangun pergi depan jawab soalan kat whiteboard. Ketaq lutut ni aih. Muka kelat dah semua. Macam tunggu dijatuhkan hukuman je. Memang garang. Setiap kali lecture and tutorial physics, semua cuak. Hahaha. Tapi lama² dah biasa so okay je. Che Mat takde la garang mane pun. Dia baik je sebenarnya. Dia suka psycho budak je. Hahaha. Okay. Class representative kami ialah Daniel Fiqri. Dipilih oleh Madam Rosza sebab takde orang yang nak volunteer. Assistant class rep of course la Cik Nur Sholihah yang gebu tu. Hahaha. Yang ni dia volunteer sendiri masa kelas CTU. So, ahli² A5 Family ialah Adib, Johan, P-ye, Amin Arif, Faiq, Amri, Ikhsan, Syariff, Balqis, Aifa, Farah, Izzah, Izyan, Zulyana, Hatimah, Erra, Fida, Reana, Rina, Suraya, Syakirah, Syamimi, Amirah, Wan, Hazirah, Syuhada, Aliaa, Nadzira and me. Ada lagi 4 orang pada awalnya. Tapi diorang quit sebab dapat tawaran lagi bagus. Alhamdulillah bersyukur sebab dapat satu group dengan diorang ni. Best kawan dengan diorang ni. Kitorang dah macam satu family. Rapat. Satu kepala.

A5402

Ni no rumah masa kat Palam. Kolej Angsana 5, tingkat 4, rumah no 2. Atas sekali okay. Haaa. Takde lif yer harap maklum. Kolej lain semua ada lif jangan risau. Angsana 5 je takde sebab 5 tingkat je. Memang penat sangat² angkat barang dari bawah hingga ke bilik. Pakai tangga je kot. Rumah ni 8 orang. Housemates terdiri daripada orang Kedah, my roommate, Johor, Terengganu, Selangor. My roommate nama dia Farah Najwa. Bilik sebelah, Hatimah dan Nina. Bilik sebelah lagi, Hanis dan Nisa. Bilik depan, Syafiqah Najwa dan Wanie. Nina quit sebab dapat IPG. So, tinggal 7 orang je, geng Virus402. Nama group wechat kitorang. Hahaha. Alhamdulillah housemates semua baik² and sopan semuanya. Sopan la sangat kan. HAHA. For sure kitorang satu kepala. Tu yang best. 

Okay done about groupmates and housemates. Nak cerita rutin harian kat Palam pulak. Belajar asasi ni bukan macam belajar degree ye even kat universiti. Asasi ni lebih kurang je dengan matrikulasi. Just nak masuk asasi ni result spm kena tinggi sikit la. Kalo batch akak 6A dah dapat. Tapi tengok jugak subjek ape and depend pada rezeki masing² jugak. Belajar memang penat. Kelas daripada pagi sampai petang. Malam ada group discussion lagi. Nak buat lab report semua. Dalam kuliah tu tak payah cakap la confirm ada yang tidur. Normal ye. Macam burung belatuk pun ada. Hahaha. Kalau dapat lecturer jenis yang jenis suka perhatikan students memang kena la jawab dia. Subjek yang belajar kat sini adalah Biology, Physics, Chemistry, Mathematics. Pastu ada beberapa subjek lain lagi. Tapi yang utamanya yang 4 ni la. Setiap hari ada kuliah dan tutorial. Kuliah belajar macam biasa pastu nanti dalam tutorial buat soalan or latihan. Oh ya...setiap subjek ni ada buku yang sangat tebal dan berat. Ditambah lagi dengan lecture notes yang banyaknya. Lagi ada quiz, test, lab reports and final exams. Biasa kalau pergi kelas memang tak balik dah waktu break. Melainkan break more than 3 hours. Sebab apa? Sebabnya tangga keramat palam tu la. Yang tinggi macam tangga batu caves tu. Penat la oi kalau setiap kali ada break nak balik bilik. Pengsan. Tapi kalau tak nak naik tangga tu boleh je naik bas rapid yang sentiasa berlegar-legar dalam uitm tu. Tapi rugi la singgit. Akak memang tak la nak naik bas setiap masa. Waktu terdesak boleh la. Rela hadap tangga tu lagi dari naik bas. Kena berebut pulak tu. Pastu macam sardin dalam tin dah. Memang tak la.


Yang best lagi kat sini, ada tasik. Sebenarnya kolam ikan je. Petang² boleh jogging keliling tasik. Tak pun berbasikal. Kalau weekend pagi² lepas subuh mesti ramai yang jogging. Pastu biasa students asasi akan lepak kat Setia City Mall. Memang ramai la kat situ. Sebab SCM je mall paling dekat. Kesian betul. Sape suruh duduk dalam hutan. Hahaha. Paling ramai kalau time elaun dah dapat. Masa tu tak payah cakap la memang tin sardin jadinya bas rapid tu. Setiap hari rabu dan sabtu ada pasar malam. Yang ni pun sama. Memang tin sardin bas rapid tu. Lagi² hari sabtu. Ni tak tipu okay. Based on my own experience. Sadis. T_T  Btw, makanan kat cafe sini pun best jugak. Balik kelas, penat² tu singgah cafe tapau makanan then balik bilik makan. Tak turun dah lepas tu melainkan ada discussion. Pastu asyik nak pergi mart je. Hahahaha. Bila penat belajar ni kerja nak makan je. Mulut nak mengunyah je. Hmmm ape lagi ye nak cerita. Penat dah. Hahaha.



"...teringat waktu kat palam bangun je pagi beku rase macam kat overseas, then pergi kelas turun tangga kejayaan, sampai bawah dan berpeluh tak berbaloi spray minyak wangi. Masuk lecture hall takde aircond kadang² dahla bau stokin tambah parah bila lecture prof Ahmad, masuk je dah tanya maksud surah Al-Fatihah. Dari lab Physics nak pergi bilik tuto dah satu keje. Waktu balik naik tangga kejayaan, longgar lutut bila sampai atas. Pergi raff nak beli makanan ramai orang pulak. Nak keluar duit, 2 atm machine share untuk 3000+ pelajar time rosak memang susah. Pergi pasar malam naik bas jangan main² budak palam je buat macam tu. SCM dengan Tesco jumpa budak UiTM palam je. Sabtu dan Ahad kolam penuh, kenyang ikan² kat situ. Pengalaman kat sini memang takkan dapat kat mana². Sama² matang and berdikari bersama kat sini..." - Melancholic Moment (Izyan Izzati Raziff)

Tbh, rindu sangat² kat kawan kat palam especially A5 Family and ex-housemates. Rindu nak pergi kuliah sama². Rindu nak tunggu kat depan hall ramai². Rindu nak balik jalan kaki dari McD hingga ke bilik sampai berpeluh-peluh macam baru lepas mandi kolam. Rindu nak pergi jogging kat tasik. Rindu nak buat group discussion kat cafe pastu Johan belanja magnum satu kelas. Rindu nak pergi bazar ramadan kat padang kawad. Rindu nak bukak puasa sama². Rindu nak Che Mat belanja satu group. Rindu nak menjoyah. Rindu nak masuk tutorial physics. Rindu nak dengar nasihat Che Mat. Rindu nak pergi annual dinner, Palam Stellar Night. Rindu nak study bio malam² kat gazebo. Rindu nak menggila dengan housemates. Rindu nak jalan² around palam waktu malam. Last but not least, rindu nak buat BBQ dengan A5. The best moment sepanjang dua sem kat palam. Siap berebut tempat lagi dengan budak group lain. Almost nak gaduh. Hahaha. Makanan yang best. Buat sendiri pulak tu. Tukar² hadiah lagi. That night la yang buat kami semua paling rapat. Merapatkan ukhuwah antara A5 Family tapi sayangnya Che Mat tak datang. Seriously memang tak boleh nak move on lagi dari palam. T_T 


Lastly, pesanan akak kepada adik² lepasan spm, sebenarnya belajar kat mana² pun sama je. Yang penting kita usaha dan belajar betul² dan sungguh². Jangan main². In shaa Allah rezeki Allah ada dimana-mana. Just nak dengan tak nak je. So, kepada adik² lepasan spm, buat pilihan betul². Bincang dengan parents elok². Semoga berjaya ya semua. :)


Foot note: Bajet akak² sikit post yang ni. And ampun maaf sebab panjang sangat post ni. Hahaha. Btw, pinjam melancholic moment yang izyan post kat ig.  Thanks Izyan. "A5 Family & Virus402 forever in my heart."

1 comment: